WAKAF PEMBANGUNAN SURAU RAUDHATUL ILMI SK 1 KUALA AMPANG
WAKAF PEMBANGUNAN SURAU RAUDHATUL ILMI SK 1 KUALA AMPANG
Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau menjadi nadi utama bagi program-program keagamaan yang dilaksanakan di sekolah seperti Sambutan Maal Hijrah, Program Maulidur Rasul, Sambutan Peristiwa Isra’ Mikraj, Program Solat Hajat dan program-program motivasi seperti Kem Insaf Diri, Amali Pengurusan Jenazah, dan lain-lain, di samping digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam. Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang dijalankan di surau
Bagaimana Nak Berwakaf?
✅ WAKAF 1 LOT = RM10
✅ WAKAF GOLD (5 LOT) = RM50
✅ WAKAF PREMIUM (10 LOT) = RM100
✅ WAKAF PLATINUM (100 LOT) = RM1000
*LOT YANG LEBIH DARIPADA SATU BOLEH DILETAKKAN UNTUK 1 PENAMA WAKAF UNTUK SETIAP LOT ATAU HANYA UNTUK SATU PENAMA SAHAJA UNTUK KESEMUA LOT.
CONTOH : JIKA 5 LOT, MAKA BOLEH DINAMAKAN KEPADA 1 ATAU 5 PENAMA
Kami doakan selagi mana surau ini dipakai dan digunakan warga SK 1 Kuala Ampang, selagi itu dicatat pahala buat anda yang sama-sama berwakaf.
Nota Penting: Akad Wakaf
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan Wakaf Pembangunan Surau Raudhatul Ilmi yang dikelola oleh PIBG SK1KA” Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.